di suatu malam yang hening,tiba-tiba,aku terjaga dari tidurku akibat kelaparan yang amat sangat.dalam kegelapan bilik,tangan kecilku pantas menggerakkan sekujur tubuh yang tidak berbaju yang agak lena,mungkin keletihan selepas seharian bekerja.lantas dia bangun dan memandang kearahku lalu bertanya,"kenape nie pis?".aku menjawab,"lapar ar abah''.tanpa banyak bicara,dengan muka yang agak mengantuk,abah mendukungku dengan penuh kelembutan dan mengayuh basikal tuanya untuk membawaku makan...
......................................................................................................................................
aku terduduk sambil menangis keseorangan disisi pondok pengawal sekolahku.aku menantikan kehadiran abah untuk mengambil aku pulang dari sekolah.abah sampai dengan basikal tuanya,dia memandang kearahku lalu bertanya,''mane basikal kamu pis?''tanya abah dengan lembut.''tak tau ar,tadi orang letak kat sini,nak balik tgk dah tade.''jawabku dengan nada yang agak ketakutan,minggu berikutnya abah membelikan anaknya sebuah lagi basikal untuk ke sekolah.tanpa memikirkan tentang bekalan dirumah yang semkin berkurangan,semata-mata ingin anaknya mudah untuk ke sekolah.
......................................................................................................................................
beg dan kesemua kelengkapan sudah pun tersedia di sisi aku,.hanya menunggu masa untuk di muatkan ke dalam ruang bagasi di bahagian bawah bas.aku tidak dapat menahan sebak untuk meninggalkan keluargaku untuk menuntut ilmu di negeri orang.lebih memilukan,abah tidak dapat sertai untuk menghantar aku ke stesen bas pada waktu itu kerana sibuk denga urusan kerja di batu gajah,Perak.
.....................................................................................................................................
sedang aku sibuk mengemaskan pakaian aku.tiba-tiba,aku terdengan namaku dipanggil oleh pihak pengurusa asrama kerana ada panggilan telefon dari keluargaku.hatiku berkuntum gembira kerana dapat bercakap dengan keluargaku.paling tidak.dapat juga aku ubati kerinduan aku pada mereka.tapi,kegembiraan aku hanya sementara.panggilan yang sambut itu adalah panggilan untuk memberi tahuku bahawa ABAH telah pergi untuk selama-lamanya.aku tersentak dan seakan-akan hampir tumbang.aku rasakan seakan tamparan yang kuat kemukaku.
......................................................................................................................................
setelah tamat waktu bekerja.aku terus pulang kerumah.aku duduk di tmbok depan rumah sambil termenung.makin lama ku termenung.makin aku teringat akan kehangatan tubuh abah sewaktu mendukungku tatakala aku kelapara di malam hari,kesabaran melayanai kerenahku.kini semua itu hanya tinggal kenangan.abah telah pergi mengadap ilahi.kini hanya tinggal aku untuk mendoakan kebahagiaannye disana.
abah,aku mendoakan agar kau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..
amin~~~
p/s : al-fatihah untuk abah.
Saturday, October 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

AL-FATIHAH...semoga arwah abah dtempatkan dtempat org2 yg beriman...amin2...
ReplyDeleteamin..
ReplyDeletethanks org yang tak dikenali...
sbar ye apis....myra yg bca pn leh ngis ni kan lg apis yg lalui sume ni....kte hnya leh doakn roh arwh abah dtmptkn disisi Nya....myra tau cm ner rsa ye ilang org yg kte syg...jgn sdih2 k....
ReplyDeleteerm..
ReplyDeletethanks to myra gak....
arghh..
ReplyDeleteaku nak nages bace bnde nie.....
><